Dah tiba masanya anda survey perkara2 yang penting untuk majlis perkahwinan anda.
Ada yang hantar e-mail pada Yatie bertanya 'Perkara Pertama' yang perlu di lakukan selepas decide hari dan tarikh perkahwinan.
Ini dia tipsnya:
1- Jika mahu save, buat sendiri baju nikah. Pilih kain yang selesa. Jika anda mahu mendapatkan khidmat tukang jahit pilih lah yang anda suka jahitannya.Ada yang suka pergi nagoya jer..cantik dan kemas jahitannya..pakai pon selesa.Terpulang pada anda ok. Kalau nak sewa baju kahwin pn boleh, tapi..pakej yg ada pn semuanya cuma 2 pasang baju persalinan dan 3 pasang baju melaram. Kalau buat majlis sekali sahaja x perlu la tempah baju nikah ye. Kalau buat majlis di kedua2 belah pihak, 1 persalinan pakai waktu sanding dan 1 lagi waktu bertandang pon ok. k!
2- Ambil kursus kahwin. Jangan lengah2kan. Saya syorkan anda ke Pertama Kompleks. Hanya RM80 termasuk makan. Penceramah pun kelakar !
3- Mula lah mengambil borang di Pejabat Agama. Tanya pegawai Agama tersebut cara2 melengkapkan borang supaya tidak ada yang tertinggal. Jika pemastautin, jgn lupa dapatkan borg pemastautin (jika anda mahu bernikah di luar alamat ic anda) Bukan sukar. Saya anggarkan dalam masa 2 minggu anda sudah boleh siapkan dokumen tersebut.
4- Tempah kad kahwin. Pilih la yang simple dan cantik. Jangan membazir. Sudah bujet jemputan? 500?600?1000? kalau x pasti tanya saja pada org tua anda. Mereka kan org lama. Dah tentu dapat bujet. Tapi kalau anda tanya pada katering, selalunya 500 jemputan untuk sebelah pihak sahaja. Kalau gabung majlis 1000. Kalau kecil2lan, 300.Semuanya terpulang pada anda.ok!
5- Katering. Hurm..ini subjektif ye. Terpulang pada anda. Nak yg ada pakej ke..makan saja ke..penanggah sekali ke..tapi kalau tanya Yatie, Yatie pilih Katering ni.. Senduk Tempurung Catering. Pakcik Yacob ni memang baik orangnya. Alamat nyer No. 116, Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor. Kalau nak nombornye untuk survey2 sila email saya yer.
6- Mak andam, baju pengantin 2 psg, baju melaram 3 psg, pelamin, inai dilukis di tgn, aksesori pengantin, makeup 2 kali, hehe..pakej ni x yah citer la..sume suka bab2 ni kan. Berhabis pon x per laaa..
7- Gift untuk para tetamu. Pilih lah mengikut bajet. Yang penting harga berpatutan tapi classsss....
0 comments:
Post a Comment