Wednesday, January 16, 2008

Tips

Assalamualaikum..

Hai..Yatie harap anda akan teruja hari ini sebab Yatie akan download jadual perbelanjaan ataupun planner untuk bakal pengantin yang tgh bujet2 untuk melangsungkan perkahwinan. Buat yang telah decide nak berumahtangga, ini ada beberapa pesanan buat anda;

Pilih Tarikh & Hari yang sesuai

Pilih tarikh 6 atau 8 bulan ke hadapan. Jika ada di antara anda yang mempunyai hanya 3 bulan sahaja..bujet nye pulak low bujet..jgn risau. Kita sama2 boleh kongsi idea how to manage our low bujet. Mulai dengan jadual planner (Yatie akan download dari masa ke semasa) Susun satu persatu. Asalkan tarikh yang anda pilih sesuai.

Bujet

Yatie faham ada di antara kita yang hanya mempunyai bujet sekitar 10k-15k. Jimat cermat mmg betul. Tapi laraskan bujet sesuai dengan majlis.Kecil bujetnye,maka sederhana la majlis tersebut. Tapi jgn risau, jika betul perancangan nya majlis anda akan nampak meriah.Anda mampu ok!

Rancang Majlis (1 atau 2)

Rancang sama ada mahu melangsungkan majlis di sebelah pihak sahaja, kedua2 belah pihak, atau menggabungkan majlis menjadi satu. Jika bujet anda kecil, saya nasihatkan anda menggabung sahaja majlis tersebut. Tetapi jika keluarga kedua2 belah pihak mahu kan sebuah majlis anda perlu berbincang. Mungkin majlis kecil di rumah pihak lelaki sudah mencukupi.Yang mempunyai bujet besar..Apalagi! Jadikan majlis di kedua2 belah pihak meriah mengikut citarasa anda.

Survey Atau Pemerhatian

Ini penting. Survey lah setiap barangan yg anda perlu beli dari yang besar hingga lah sekecil2 brgn. Yatie akan cuba mencari maklumat tentang harga barangan2 serta perhiasan perkahwinan mengikut bujet anda. Jgn risau ya!

Warna

Ini la kesilapan yang selalu bakal pengantin lakukan. Kesilapan memilih warna tema bakal mencacatkan hari bersejarah anda. Pilih warna yang terang2. Jgn segan sekiranya kulit anda hitam manis sayang..pilih warna yang menarik ye..Supaya cantik dalam gambar nanti!

Berfikiran Positif

Fikir positif. Beri keyakinan pada diri. Menghadapi majlis bersejarah memang sukar tetapi jika anda yakin dan positif semua ini akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah..Semua ini akan menjadi kenangan bermakna buat anda kerana anda telah berjaya melakukannya untuk diri anda serta org tersayang.

Rehat Ye!

Rehat perlu cukup. Jika hari ini anda sibuk keluar survey macam2 rehat la pada keesokan harinya. Waktu rehat anda boleh diisi dengan melakukan benda2 kecil seperti menyiapkan bungga manggar atau hantaran perkahwinan. Nampak seperti kecil, tetapi jika tak disiapkan awal2 takut kelam kabot nanti.

Borang dan Urusan Nikah

Bagi yang akan bernikah di Selangor, kunjungi laman web ini http://www.jais.net.my/ Download sahaja. Mudah. Isi borang2 yang berkenaan. Bagi permastautin, isi borang permastautin. Tapi make sure anda dah pergi kursus Kahwin ye!

Kad Jemputan

Selalunya setiap pembuat kad tempahan akan menetapkan masa sebulan untuk menyiapkan kad jemputan tersebut. Jadi, tentukan tarikh, tempah kadi awal2. Jangan nanti anda bersanding sebelum nikah pula! Haha..Yang penting anda berbincang dengan si dia jumlah jemputan. Survey ye.. Sebab ada pembuat kad kahwin yang mengenakan bayaran termasuk percetakkan dan ada yang mengenakan bayaran hot stamping sekiranya ingin dicetak. Terpulang pada anda.

Katering

Ada yang pening memikirkan soal makanan. Jangan pening. Mcm yang Yatie pesan tadi, majlis perlu sesuai dengan bujet. Sekiranya bujet besar, pilih katering yang lengkap dengan penanggah dan khemah. Tapi yang tidak mampu jangan gusar, anda boleh meminta bantuan penanggah dari saudara mara yang ada. Selalunya di kampung2 sesetengahnya bekerjasama melakukan kerja masak memasak kan!Itu lah untungnye melangsungkan perkahwinan di kampung. HeHe..

0 comments:

 

Sentuhan Kasih Copyright © 2010 Modified by linariff